Bajet kahwin, siap dalam seminit

Percuma · Tanpa daftar

Jawab 5 soalan ringkas. Kami sediakan senarai kos lengkap ikut negeri anda, termasuk perkara kecil yang selalu terlupa. Ubah apa sahaja harga, catat deposit setiap vendor, download ke Excel, dan kongsi dengan pasangan.

  • Mas kahwin & yuran nikah ikut negeri
  • Pihak lelaki, perempuan atau bersama
  • Majlis sebelah perempuan & bertandang
Menyediakan bajet anda…

Bajet kahwin ikut negeri

Lihat anggaran kos, mas kahwin dan yuran nikah untuk negeri anda.

Soalan lazim

Berapa bajet kahwin purata di Malaysia?

Untuk majlis Melayu dengan 300 hingga 800 tetamu, kebanyakan pasangan berbelanja antara RM 15,000 dan RM 60,000, bergantung pada negeri, bilangan tetamu dan gaya majlis. Katering biasanya bahagian paling besar, sekitar 35% hingga 50% daripada jumlah.

Apa yang perlu ada dalam senarai bajet kahwin?

Urusan nikah (kursus, ujian HIV, bayaran nikah, mas kahwin), merisik dan tunang, hantaran dan dulang, pakaian dan solekan pengantin, majlis (katering, dewan atau khemah, pelamin, jurugambar, doorgift) dan kos kecil seperti minyak, tol dan makan rewang. Alat ini menyenaraikan lebih 100 item.

Siapa yang bayar kos kahwin, pihak lelaki atau perempuan?

Biasanya pihak lelaki menanggung mas kahwin, wang hantaran dan bayaran nikah, manakala setiap pihak menanggung majlis masing-masing (majlis sebelah perempuan dan majlis bertandang). Alat ini membolehkan anda tandakan setiap item sebagai pihak lelaki, pihak perempuan atau bersama.

Adakah kalkulator bajet kahwin ini percuma?

Ya, percuma dan tanpa daftar. Bajet disimpan di telefon anda. Jika mahu, masukkan emel untuk dapatkan link peribadi dan kongsi dengan pasangan atau keluarga.

Kad jemputan: cetak atau digital? Bandingkan kos kad cetak dan kad digital →