Kad jemputan digital
Kad jemputan digital untuk setiap majlis
Dari majlis akikah hingga rumah terbuka Hari Raya, buat kad jemputan online yang cantik dalam beberapa minit. Tetamu buka satu link untuk lihat tarikh, tempat, peta, lagu dan kiraan detik.
Taip nama anda, kad terus bertukar.
Kenapa kad jemputan digital?
Siap dalam 10 minit
Isi butiran, pilih reka bentuk dan warna, dan kad anda sedia untuk dikongsi.
Satu link untuk semua
Kongsi dalam kumpulan WhatsApp keluarga, rakan sekerja atau jiran.
Peta dan kalendar
Tetamu terus buka Google Maps, dan simpan tarikh ke kalendar.
Boleh dikemas kini
Tukar masa atau tempat sebelum majlis tanpa menukar link.
Pilih majlis anda
- Kad jemputan aqiqahMajlis akikah dan doa selamat untuk cahaya mata anda.
- Kad jemputan hari jadiDari hari jadi pertama hingga ke-50, dengan reka bentuk ceria untuk kanak-kanak.
- Kad jemputan rumah terbukaHari Raya Aidilfitri, Aidiladha, Deepavali, Tahun Baru Cina atau sebarang rumah terbuka.
- Kad jemputan pertunanganMajlis merisik dan pertunangan.
- Kad kahwin digitalWalimatul urus dan majlis perkahwinan.
- Kad akad nikahMajlis akad di masjid atau di rumah, untuk keluarga terdekat.
- Kad sambut menantuMajlis bertandang di sebelah pihak lelaki.
- Kad doa selamatKenduri kesyukuran atau sempena apa jua hajat.
- Kad jemputan tahlilMajlis tahlil arwah, dengan reka bentuk yang tenang.
- Kad khatam QuranMeraikan anak yang khatam al-Quran.
- Kad berkhatanMajlis berkhatan anak, seorang atau ramai sekali gus.
- Kad rumah baruKenduri naik rumah baru atau housewarming.
- Kad persaraanMeraikan rakan sekerja yang bersara.
- Kad graduasiMajlis kesyukuran selepas konvokesyen.
- Kad ulang tahun perkahwinanUntuk ibu bapa atau pasangan sendiri.
- Kad baby showerUntuk bakal ibu, dianjurkan kawan atau keluarga.
- Kad reunionReunion batch sekolah, universiti atau keluarga besar.
- Kad hari keluargaFamily day syarikat, persatuan atau keluarga.
- Kad makan malamAnnual dinner dan majlis makan malam bertema.
- Kad perasmianPembukaan kedai, kafe, klinik atau pejabat baru.
Cara buat kad jemputan
Pilih majlis
Aqiqah, hari jadi, rumah terbuka, pertunangan atau perkahwinan.
Masukkan butiran
Nama, tarikh, masa, tempat dan wakil untuk dihubungi.
Pilih reka bentuk, warna dan lagu
Lihat pratonton dengan butiran anda sendiri.
Kongsi link
Salin link atau mesej WhatsApp yang siap disediakan.
Reka bentuk
117 reka bentuk, setiap satu dalam sebarang warna: bunga, batik, songket, kerawang, wau bulan, rumah kampung, kubah, pua kumbu, Peranakan, tropika dan minimalis. Ada reka bentuk khas untuk Hari Raya dan kanak-kanak.
Floral Garden
Pintu Renda
Melur
Envelope
Arch Classic
Kerawang
Script Romance
Botani
Cat Air
Apa yang tetamu dapat
- Lagu pilihan anda, dari YouTube atau senarai kami, dimainkan apabila tetamu membuka kad
- Peta: satu tekan ke Google Maps
- Simpan tarikh terus ke kalendar telefon
- Kiraan detik ke hari majlis
- Butang telefon dan WhatsApp untuk wakil keluarga
- Ucapan khas dengan nama tetamu, cth. jemputlah.online/i/izzat-farhana?to=Pak Long
- RSVP sekali tekan: tetamu sahkan kehadiran dan bilangan orang, serta tinggalkan ucapan
Harga
Soalan lazim
Berapa harga?
Boleh tetamu RSVP?
Boleh. Tetamu sahkan kehadiran terus dari kad: nama, hadir atau tidak, bilangan orang dan ucapan. Anda lihat jumlah tetamu di halaman pengurusan, dan boleh download senarai untuk Excel untuk diberi kepada katerer.
Tetamu perlu download aplikasi?
Tidak. Link dibuka terus dalam pelayar telefon, termasuk dari dalam WhatsApp, Telegram, Instagram dan Facebook.
Boleh ubah maklumat selepas link dikongsi?
Boleh. Kami e-melkan link peribadi untuk mengurus kad anda. Tukar masa, tempat, nama, warna, reka bentuk atau lagu sehingga hari majlis, dan link yang dikongsi kekal sama. Tarikh tetap selepas kad diterbitkan; jika tersilap atau majlis bertukar hari, hubungi kami dan kami tolong tukarkan.
Kad ini dalam Bahasa Melayu?
Ya. Anda pilih bahasa kad untuk tetamu, Bahasa Melayu atau Inggeris: label, tarikh dan butang ikut bahasa itu. Mesej jemputan anda kekal seperti yang anda tulis, dan mesej WhatsApp yang kami sediakan ada dalam kedua-dua bahasa.
Berapa lama link aktif?
Sehingga 30 hari selepas tarikh majlis. Selepas itu link memaparkan ucapan terima kasih yang ringkas.