Kad kahwin digital

Kad kahwin digital untuk walimatul urus anda

Kad kahwin digital yang murah dan cantik: sekali bayar untuk semua tetamu, tanpa kos cetak dan pos. Pilih reka bentuk, pilih warna, masukkan nama pengantin, tarikh dan tempat, kemudian kongsi satu link di WhatsApp. Tetamu terus nampak peta, lagu dan kiraan detik ke majlis anda.

Taip nama anda, kad terus bertukar.

Warna · Navy & Champagne
Design untuk kahwin
+111 lagi

Kenapa kad kahwin digital?

  • Jimat kos

    Tiada kos cetak dan pos. Satu link untuk semua tetamu, sama ada 50 atau 2,000 orang.

  • Sampai serta-merta

    Hantar di WhatsApp, Telegram atau media sosial. Tiada kad yang hilang atau lambat sampai.

  • Tetamu tak sesat

    Peta Google Maps terus dari kad, berserta butang telefon wakil keluarga.

  • Boleh dikemas kini

    Tersilap ejaan atau tukar masa? Betulkan bila-bila masa sebelum majlis, link kekal sama.

Masih fikir nak cetak kad? Bandingkan kos kad cetak dan kad digital →

Galeri Tetamu sahaja: Tak perlu kad digital →

Cara buat kad kahwin digital

  1. Masukkan butiran

    Nama pengantin, ibu bapa, tarikh, masa dan tempat majlis.

  2. Pilih reka bentuk dan warna

    117 reka bentuk dalam gaya bunga, batik, tradisional Melayu, Borneo, Islamik, art deco, minimalis dan moden. Setiap satu boleh guna sebarang palet warna, termasuk warna tema anda sendiri.

  3. Pilih lagu

    Pilih mana-mana lagu dari YouTube, atau dari senarai lagu kami, mula dari saat yang anda suka.

  4. Kongsi link

    Dapatkan link seperti jemputlah.online/i/izzat-farhana dan mesej WhatsApp siap untuk ditampal.

Reka bentuk kad kahwin

Pilih ikut gaya: bunga, batik, songket, kerawang, tekat, Borneo, minimalis atau moden. Setiap reka bentuk boleh digunakan dengan 61 palet warna atau warna anda sendiri, dan anda lihat semuanya dengan nama sendiri sebelum berkongsi.

  • Floral Garden

  • Pintu Renda

  • Melur

  • Envelope

  • Arch Classic

  • Kerawang

  • Script Romance

  • Botani

  • Cat Air

Tengok semua design di card builder

Apa yang tetamu dapat

  • Lagu pilihan anda, dari YouTube atau senarai kami, dimainkan apabila tetamu membuka kad
  • Peta: satu tekan ke Google Maps
  • Simpan tarikh terus ke kalendar telefon
  • Kiraan detik ke hari majlis
  • Butang telefon dan WhatsApp untuk wakil keluarga
  • Ucapan khas dengan nama tetamu, cth. jemputlah.online/i/izzat-farhana?to=Pak Long
  • RSVP sekali tekan: tetamu sahkan kehadiran dan bilangan orang, serta tinggalkan ucapan

Harga

 

Soalan lazim

Berapa harga?

Boleh tetamu RSVP?

Boleh. Tetamu sahkan kehadiran terus dari kad: nama, hadir atau tidak, bilangan orang dan ucapan. Anda lihat jumlah tetamu di halaman pengurusan, dan boleh download senarai untuk Excel untuk diberi kepada katerer.

Tetamu perlu download aplikasi?

Tidak. Link dibuka terus dalam pelayar telefon, termasuk dari dalam WhatsApp, Telegram, Instagram dan Facebook.

Boleh ubah maklumat selepas link dikongsi?

Boleh. Kami e-melkan link peribadi untuk mengurus kad anda. Tukar masa, tempat, nama, warna, reka bentuk atau lagu sehingga hari majlis, dan link yang dikongsi kekal sama. Tarikh tetap selepas kad diterbitkan; jika tersilap atau majlis bertukar hari, hubungi kami dan kami tolong tukarkan.

Kad ini dalam Bahasa Melayu?

Ya. Anda pilih bahasa kad untuk tetamu, Bahasa Melayu atau Inggeris: label, tarikh dan butang ikut bahasa itu. Mesej jemputan anda kekal seperti yang anda tulis, dan mesej WhatsApp yang kami sediakan ada dalam kedua-dua bahasa.

Berapa lama link aktif?

Sehingga 30 hari selepas tarikh majlis. Selepas itu link memaparkan ucapan terima kasih yang ringkas.

Taip nama anda berdua, dan tengok kadnya siap dulu.