Jemputlah Event

Annual dinner, family day, malam kelab,dari jemputan ke cabutan bertuah.

Satu link untuk semua tetamu: kad jemputan dengan nama organisasi dan tema majlis, RSVP dengan bilangan orang, dan senarai tetamu yang sentiasa terkini untuk hotel atau katering.

  • Dari RM99 satu majlis
  • Bayar online, terus guna
  • Tiada aplikasi untuk tetamu

Lihat contoh kadLebih 500 tetamu atau beberapa majlis? Minta sebut harga di WhatsApp.

Syarikat Contoh Sdn Bhd

Malam Anugerah 2026

Nurul Aina

Meja

12

Hadir ✓

Masalah biasa

Berhenti kejar RSVP dalam group WhatsApp.

Mesej bertimbun, nama tertinggal, kiraan berubah setiap hari. Bila kiraan salah, penganjur bayar untuk kerusi yang kosong. Di hotel, satu meja boleh mencecah RM1,000.

Dengan Jemputlah, setiap tetamu jawab sendiri, dan kiraannya sentiasa tepat.

Malam Anugerah 2026

486

Hadir

14

Tidak hadir

Senarai untuk hotel ✓

Satu malam, tiga detik

Dari mesej pertama dalam group WhatsApp hingga nama terakhir dicabut di pentas.

  1. Jemput

    Kongsi satu link di group WhatsApp atau emel. Tetamu sahkan kehadiran dan bilangan orang dengan sekali tekan.

    RSVP diterima

    486

    / 500 tetamu

  2. Imbas QR

    Di pintu masuk, imbas kod QR tetamu. Kehadirannya ditanda, dan nombor mejanya terus terpapar.

    Meja

    12

    Hadir ✓

  3. Cabutan bertuah

    Hanya tetamu yang pasnya sudah diimbas di pintu masuk cabutan. Nama pemenang dipapar besar di skrin dewan.

    Pemenang

    Nurul Aina

    Meja 12 · Hadir ✓

Sedia digunakan hari ini

  • Nama organisasi dan tema

    Nama syarikat, kelab atau persatuan, tema majlis dan kod pakaian dengan warna.

  • RSVP dengan bilangan orang

    Tetamu sahkan hadir atau tidak, dan berapa orang datang.

  • Senarai untuk hotel atau katering

    Download senarai tetamu untuk Excel dan beri terus kepada pihak banquet atau katering.

  • Peta dan tentatif

    Satu tekan ke Google Maps, dan atur cara majlis dengan masa.

  • Bahasa Inggeris atau Melayu

    Pilih bahasa kad yang sesuai untuk tetamu anda.

  • Tanpa aplikasi

    Kad dibuka terus dalam pelayar telefon. Tetamu tidak perlu log masuk.

Kelab kecil atau syarikat besar, ada pakejnya

Dari makan malam kelab 20 orang di restoran hingga annual dinner 500 orang di hotel. Satu harga untuk satu majlis, dan harganya tidak naik ikut kepala. Bayar online, dan Hub Event terus dibuka.

  • Asas

    Sehingga 50 tetamu, untuk kelab dan organisasi kecil

    RM99/ majlis

    ≈ RM1.98 seorang

    • Kad digital dengan nama organisasi dan tema
    • RSVP dan senarai tetamu untuk Excel
    • Cabutan bertuah dengan senarai hadiah
    • Logo organisasi
    Pilih pakejDownload sebut harga (PDF)
  • Event Premium

    Sehingga 500 tetamu

    RM449/ majlis

    ≈ RM0.89 seorang

    • Semua dalam Standard
    • Paparan langsung RSVP dan kehadiran untuk projektor
    Pilih pakejDownload sebut harga (PDF)
  • Custom

    Lebih 500 tetamu

    Sebut harga

    • Semua dalam Event Premium
    • Beberapa majlis atau cawangan
    • PO, invois dan pindahan bank
    Minta sebut harga

Naik taraf bila-bila masa dari Hub Event: bayar bezanya sahaja. Tetamu tidak pernah ditolak walaupun melebihi had pakej.

Lihat panduan langkah demi langkah →

Belum sedia membeli? Buat kad majlis anda dan tengok pratontonnya dulu, percuma. Cuba buat kad →

Cara membayar

  • FPX dan kad, terus online
  • Resit rasmi serta-merta
  • PO dan pindahan bank: pakej Custom

Soalan lazim

Majlis apa yang sesuai?

Annual dinner, family day, malam kelab atau persatuan, AGM, majlis alumni, pelancaran produk dan acara komuniti. Kalau ada senarai tetamu dan pintu masuk, Jemputlah Event boleh digunakan.

Bagaimana cara tempah?

Pilih pakej, buat kad dalam lebih kurang 5 minit, dan bayar online dengan FPX atau kad. Selepas bayar, Hub Event terus dibuka dan resit rasmi dihantar ke emel. Panduan langkah demi langkah menerangkan setiap langkah.

Boleh bayar dengan PO atau pindahan bank?

Untuk pakej Custom, ya: kami hantar sebut harga dan invois atas nama organisasi anda. Pakej Asas, Standard dan Event Premium dibayar online, dengan resit rasmi atas nama organisasi anda. Perlukan kelulusan dulu? Download sebut harga untuk mana-mana pakej dan berikan kepada pengurus atau bendahari.

Tetamu perlu download aplikasi?

Tidak. Kad dibuka dalam pelayar telefon dari link WhatsApp atau emel, dan RSVP tidak perlu log masuk.

Pihak hotel atau katering boleh dapat senarai tetamu?

Boleh. Download senarai RSVP untuk Excel pada bila-bila masa, dengan nama, kehadiran dan bilangan orang.

Data tetamu kami selamat?

Senarai RSVP hanya boleh dibuka dengan link pengurusan anda. Kami tidak menjual data atau menggunakannya untuk iklan.

Bagaimana kalau tetamu melebihi had pakej?

Jawapan tetamu tetap diterima. Anda nampak kiraannya di Hub Event dan dapat emel, dan boleh naik taraf bila-bila masa dengan membayar bezanya sahaja.

Siapa jalankan imbas QR dan cabutan pada hari majlis?

AJK anda sendiri, dari telefon dan laptop. Panduan menerangkan apa perlu disediakan, dan anda boleh cuba cabutan sebelum hari majlis.

Lebih 500 tetamu atau beberapa majlis?

Pilih Custom dan beritahu kami bilangan tetamu dan majlis. Kami hantar sebut harga.

Tarikh majlis sudah ditetapkan?

Pilih pakej, buat kad dalam 5 minit dan kongsi dengan tetamu hari ini.

Pilih pakej

Lebih 500 tetamu atau beberapa majlis? Minta sebut harga di WhatsApp.