Vendor Jemputlah

Pasangan sedang cari vendor.Biar mereka jumpa anda.

Mohon halaman vendor anda sendiri di Jemputlah. Percuma, tapi bukan semua diterima: setiap permohonan disemak oleh pasukan kami dahulu.

  • Percuma untuk mohon
  • Disemak satu per satu
  • Tiada yuran bulanan

jemputlah.online/vendor/pelamin-seri-kedah

Pelamin Seri Kedah

Pelamin & Dekorasi · Kedah, Perlis

✓ Berdaftar SSM

WhatsApp

Halaman anda

Apa yang anda dapat

  1. Halaman anda sendiri

    jemputlah.online/vendor/nama-anda: gambar hasil kerja anda, kawasan liputan, julat harga, dan butang terus ke WhatsApp, Instagram dan Facebook anda. Cantik di telefon, sebab di situlah ia dikongsi.

  2. Gambar siap untuk dikongsi

    Sebaik diluluskan, kami sediakan gambar untuk Instagram Story atau Facebook: "Kami kini tersenarai di Jemputlah". Kongsi, dan pengikut anda terus nampak halaman anda.

  3. Kami promosikan anda

    Kami bawa halaman anda kepada pasangan yang sedang merancang majlis, ikut negeri liputan dan jenis perkhidmatan anda.

Untuk siapa

Perniagaan perkahwinan yang betul-betul beroperasi di Malaysia, besar atau kecil. Mak andam dari rumah pun dialu-alukan, asalkan hasil kerjanya jelas.

  • Baju Pengantin
  • Bunga & Florist
  • Cincin & Barang Kemas
  • Dewan & Tempat
  • Doorgift & Cenderahati
  • Gubahan Hantaran
  • Hiburan
  • Inai & Henna
  • Juruacara (Emcee)
  • Jurugambar & Video
  • Kad & Cetakan
  • Katering
  • Kek & Pencuci Mulut
  • Kereta Pengantin
  • Khemah, Kanopi & Kerusi Meja
  • Kompang & Silat Pengantin
  • Mak Andam & Solekan
  • Pakej Bulan Madu
  • Pelamin & Dekorasi
  • Perancang & Pengurus Majlis
  • Photobooth
  • Sistem Audio & Pencahayaan
  • Wedding Content Creator (WCC)
  • Lain-lain

Piawaian kami

Setiap permohonan disemak oleh pasukan kami. Kami lebih rela tolak yang meragukan daripada pasangan tertipu. Permohonan ditolak jika:

  • Maklumat tak lengkap

    Nama perniagaan, nama anda, WhatsApp yang boleh dihubungi, kawasan dan harga mesti diisi dengan betul.

  • Tiada bukti perniagaan aktif

    Kami buka Instagram, Facebook, TikTok atau laman web anda. Mesti ada hasil kerja sebenar, bukan akaun baru dengan tiga hantaran.

  • Gambar bukan hasil kerja sendiri

    Gambar stok atau gambar orang lain ditolak. Kami semak gambar yang meragukan.

  • Rasa tak meyakinkan

    Kalau ada apa-apa yang tak kena, kami tolak. Kami akan beritahu sebabnya, dan anda boleh mohon semula selepas dibetulkan.

Berapa lama semakan

  • Dengan nombor SSM

    Lebih kurang 1-2 hari bekerja

    Kami semak nombor SSM anda. Bila disahkan, halaman anda tunjuk "✓ Berdaftar SSM".

  • Tanpa SSM

    3-5 hari bekerja

    Masih dialu-alukan. Semakan lebih teliti, jadi ambil masa sedikit lagi.

Keputusan dihantar ke emel anda, diluluskan atau tidak.

Borang permohonan

Isi semua dengan betul. Maklumat ini yang pasangan akan nampak di halaman anda.

Mohon sekarang

Kod Vendor

Ringkas, dan kami pegang betul-betul. Melanggarnya bermaksud dibuang dari Jemputlah.

  1. Beri apa yang dibayar, tepat pada masanya.
  2. Balas mesej pasangan dengan cepat.
  3. Gambar dan maklumat anda kekal benar.

Baca Syarat Vendor penuh