Lagu pilihan anda dalam kad kahwin digital
Lagu dan hak cipta
Pilih mana-mana lagu dari YouTube, atau dari senarai lagu kami. Cari terus di YouTube atau tampal link, pilih dari saat mana lagu mula, dan ia berkumandang bila tetamu tekan Buka. Di bawah ni penerangan ringkas tentang hak cipta supaya anda tahu apa yang berlaku.
Disemak 19 Oktober 2026. Ini penerangan umum, bukan nasihat undang-undang.
Jawapan ringkas
- Lagu YouTube dimainkan terus melalui pemain YouTube dalam kad anda, bukan di-download atau disimpan oleh kami. Ada pemilik lagu yang tak benarkan lagunya dimainkan di luar YouTube. Kalau begitu, pemilih lagu akan beritahu, dan kad guna lagu sandaran dari senarai kami.
- Lagu artis sebenar (contohnya lagu pop atau lagu raya terkenal) dilindungi Akta Hak Cipta 1987. Untuk guna dalam e-kad, perlu kebenaran pemiliknya.
- Lagu cover pun sama. Melodi dan lirik masih milik pencipta asal, walaupun penyanyi lain yang nyanyi.
- Download lagu dari YouTube dan masukkan sendiri dalam kad melanggar syarat YouTube, dan bukan kebenaran untuk guna lagu itu.
- Muat naik fail lagu sendiri tak dibenarkan. Pilihan anda: lagu YouTube, atau lagu dari senarai berlesen kami.
Satu lagu, dua pemilik
Setiap lagu yang anda dengar ada dua bahagian yang dilindungi:
Lagu itu sendiri: melodi dan lirik
Milik komposer dan penulis lirik, sampai 50 tahun selepas mereka meninggal dunia. Di Malaysia, bayaran untuk mereka dikutip oleh MACP (Music Authors' Copyright Protection).
Rakaman: suara dan muzik yang anda dengar
Selalunya milik syarikat rakaman. Bayaran untuk rakaman dikutip oleh RPM (Recording Performance Malaysia).
Jadi, untuk guna rakaman lagu dalam e-kad, anda perlukan kebenaran untuk kedua-duanya, bukan salah satu.
Macam mana dengan lagu cover?
Ramai sangka lagu cover lebih selamat sebab bukan penyanyi asal. Sebenarnya tidak:
Melodi dan lirik tetap milik pencipta asal
Cover ialah rakaman baru untuk lagu yang sama. Hak komposer dan penulis lirik tidak hilang.
Rakaman cover ada pemilik sendiri
Penyanyi cover, atau syarikat yang merakamnya, memiliki rakaman itu. Jadi masih ada dua pemilik.
Versi instrumental, piano atau akustik pun sama
Tanpa lirik pun, melodi masih milik komposer. Versi gitar akustik lagu terkenal tetap lagu orang lain.
Kenapa cover boleh ada di YouTube?
YouTube ada perjanjian dengan pemilik muzik, jadi pencipta asal dibayar bila cover dimainkan di YouTube. Perjanjian itu untuk YouTube sahaja. Ia tak ikut sekali bila lagu itu diambil dan dimasukkan ke tempat lain.
Apa yang boleh jadi?
- Lagu dibuang atau disenyapkan oleh platform selepas ada aduan, kadang-kadang dekat hari majlis.
- Pemilik lagu boleh minta lagu diturunkan atau minta bayaran.
- Kebanyakan kes tak sampai mahkamah, tapi itu tak bermakna ia dibenarkan.
Lagu dari senarai kami
Lagu dari koleksi berlesen
Lagu yang pemiliknya memang benarkan untuk kegunaan begini, dengan syarat yang jelas. Semua lagu dalam senarai Jemputlah begini, dan nama artis dipaparkan dalam kad untuk anda.
Lagu ciptaan anda sendiri
Kalau anda atau keluarga cipta dan rakam sendiri, lagu itu milik anda.
Lagu yang ada lesen terbuka
Sesetengah pencipta kongsi lagu dengan lesen seperti Creative Commons. Baca syaratnya: kebanyakannya minta nama pencipta dipaparkan.
Lagu YouTube tak jalan di kad?
Tak semua lagu YouTube boleh dimainkan dalam kad, sebab pemiliknya yang tentukan. Pemilih lagu akan beritahu bila ini berlaku, dan anda boleh pilih lagu lain atau guna lagu dari senarai kami. Anda juga pilih satu lagu sandaran dari senarai kami.
Pilih lagu anda sekarang
Cari di YouTube atau pilih dari senarai lagu kami, mula dari saat yang anda suka. Lagu dari senarai kami dipaparkan dengan nama artis.
Soalan lazim
Kalau saya letak nama penyanyi, boleh?
Tak cukup. Letak nama penyanyi ialah adab yang baik, tapi bukan kebenaran. Kebenaran mesti datang daripada pemilik lagu dan rakaman.
Kalau guna 30 saat sahaja?
Tiada had saat yang dibenarkan dalam undang-undang Malaysia. Petikan pendek masih petikan lagu orang lain.
Lagu nasyid, selawat atau lagu rakyat?
Lirik selawat dan lagu rakyat lama selalunya tiada pemilik lagi. Tapi rakaman tertentu, contohnya selawat yang dinyanyikan kumpulan nasyid terkenal, tetap milik mereka atau syarikat rakaman mereka.
Boleh saya guna lagu sendiri dalam Jemputlah?
Boleh pilih mana-mana lagu dari YouTube, atau dari senarai lagu kami. Muat naik fail lagu sendiri tak dibenarkan. Tak semua lagu YouTube boleh dimainkan di luar YouTube, dan pemilih lagu akan beritahu kalau lagu pilihan anda tak boleh.
Kad saya tak ada lagu, okey ke?
Okey sahaja. Lagu ialah pilihan. Kad tetap berfungsi dengan peta, countdown dan RSVP tanpa muzik.