Kad hari keluarga digital

Kad jemputan hari keluarga

Hari keluarga syarikat atau keluarga besar biasanya diadakan di taman, pantai atau resort, dengan jadual aktiviti sepanjang hari. Kad digital memaparkan tempat, peta dan tentatif aktiviti, dan peserta RSVP dengan bilangan ahli keluarga.

Kenapa kad hari keluarga digital?

  • Tentatif aktiviti

    Paparkan jadual: pendaftaran, sukaneka, makan tengah hari dan cabutan bertuah.

  • Peta ke lokasi

    Taman, pantai atau resort, terus ke Google Maps.

  • Bilangan peserta

    RSVP dengan bilangan orang, termasuk anak-anak.

  • Untuk syarikat atau keluarga

    Isi nama syarikat, persatuan atau keluarga besar.

Family day syarikat atau kelab dengan ramai peserta? Lihat Jemputlah Event →

Galeri Tetamu sahaja: Tak perlu kad digital →

Cara buat kad hari keluarga digital

  1. Masukkan butiran

    Nama keluarga atau syarikat, nama penganjur (jika mahu), tarikh, masa dan lokasi.

  2. Pilih reka bentuk dan warna

    15 reka bentuk, setiap satu boleh guna 61 palet warna atau warna anda sendiri.

  3. Tengok kad penuh

    Pratonton kad dengan butiran anda sendiri, seperti yang tetamu akan nampak.

  4. Kongsi link

    Salin link atau mesej WhatsApp yang siap disediakan, dan hantar ke kumpulan.

Reka bentuk

Reka bentuk tropika, moden, kraf dan bunga, setiap satu dalam 61 palet warna.

  • Mewah

  • Deco Emas

  • Editorial Bold

  • Minimal Modern

  • Minimal Korea

  • Split Hero

  • Envelope

Tengok semua design di card builder

Apa yang tetamu dapat

  • Lagu pilihan anda, dari YouTube atau senarai kami, dimainkan apabila tetamu membuka kad
  • Peta: satu tekan ke Google Maps
  • Simpan tarikh terus ke kalendar telefon
  • Kiraan detik ke hari majlis
  • Butang telefon dan WhatsApp untuk wakil keluarga
  • Ucapan khas dengan nama tetamu, cth. jemputlah.online/i/izzat-farhana?to=Pak Long
  • RSVP sekali tekan: tetamu sahkan kehadiran dan bilangan orang, serta tinggalkan ucapan

Harga

 

Soalan lazim

Berapa harga?

Boleh letak jadual aktiviti?

Boleh. Tambah tentatif dengan masa dan aktiviti, dan peserta nampak jadualnya dalam kad.

Sesuai untuk hari keluarga syarikat?

Sesuai. Isi nama syarikat sebagai nama kumpulan, dan kongsi link dalam group pekerja.

Boleh tetamu RSVP?

Boleh. Tetamu sahkan kehadiran terus dari kad: nama, hadir atau tidak, bilangan orang dan ucapan. Anda lihat jumlah tetamu di halaman pengurusan, dan boleh download senarai untuk Excel untuk diberi kepada katerer.

Tetamu perlu download aplikasi?

Tidak. Link dibuka terus dalam pelayar telefon, termasuk dari dalam WhatsApp, Telegram, Instagram dan Facebook.

Boleh ubah maklumat selepas link dikongsi?

Boleh. Kami e-melkan link peribadi untuk mengurus kad anda. Tukar masa, tempat, nama, warna, reka bentuk atau lagu sehingga hari majlis, dan link yang dikongsi kekal sama. Tarikh tetap selepas kad diterbitkan; jika tersilap atau majlis bertukar hari, hubungi kami dan kami tolong tukarkan.

Kad ini dalam Bahasa Melayu?

Ya. Anda pilih bahasa kad untuk tetamu, Bahasa Melayu atau Inggeris: label, tarikh dan butang ikut bahasa itu. Mesej jemputan anda kekal seperti yang anda tulis, dan mesej WhatsApp yang kami sediakan ada dalam kedua-dua bahasa.

Berapa lama link aktif?

Sehingga 30 hari selepas tarikh majlis. Selepas itu link memaparkan ucapan terima kasih yang ringkas.

Masukkan nama kumpulan anda, dan tengok kad hari keluarga siap dulu.