Kad reunion digital
Kad jemputan reunion batch dan sekolah
Reunion batch sekolah atau universiti selalunya diuruskan oleh beberapa orang AJK melalui group WhatsApp yang besar. Satu link kad memudahkan semua orang tahu tarikh, tempat dan cara sahkan kehadiran, tanpa perlu tanya satu-satu dalam group.
Kenapa kad reunion digital?
Nama batch atau kumpulan
Contohnya SMK Seri Puteri Batch 2006 atau Reunion Keluarga Haji Ahmad.
Kiraan kehadiran
RSVP dengan bilangan orang untuk tempahan dewan dan makanan.
Satu link untuk group besar
Hantar sekali dalam group batch, dan semua dapat maklumat yang sama.
Kemas kini tanpa spam
Tukar tempat atau masa dalam kad, link kekal sama.
Cara buat kad reunion digital
Masukkan butiran
Nama kumpulan atau batch, nama penganjur (jika mahu), tarikh, masa dan tempat.
Pilih reka bentuk dan warna
117 reka bentuk, setiap satu boleh guna 61 palet warna atau warna anda sendiri.
Tengok kad penuh
Pratonton kad dengan butiran anda sendiri, seperti yang tetamu akan nampak.
Kongsi link
Salin link atau mesej WhatsApp yang siap disediakan, dan hantar ke kumpulan.
Reka bentuk
Reka bentuk moden, tiket, akhbar dan editorial yang sesuai dengan reunion, setiap satu dalam 61 palet warna.
Floral Garden
Pintu Renda
Melur
Envelope
Arch Classic
Kerawang
Script Romance
Botani
Cat Air
Apa yang tetamu dapat
- Lagu pilihan anda, dari YouTube atau senarai kami, dimainkan apabila tetamu membuka kad
- Peta: satu tekan ke Google Maps
- Simpan tarikh terus ke kalendar telefon
- Kiraan detik ke hari majlis
- Butang telefon dan WhatsApp untuk wakil keluarga
- Ucapan khas dengan nama tetamu, cth. jemputlah.online/i/izzat-farhana?to=Pak Long
- RSVP sekali tekan: tetamu sahkan kehadiran dan bilangan orang, serta tinggalkan ucapan
Harga
Soalan lazim
Berapa harga?
Boleh guna untuk reunion keluarga?
Boleh. Isi nama keluarga sebagai nama kumpulan, contohnya "Keluarga Besar Haji Ahmad".
Macam mana AJK tahu jumlah yang datang?
Tetamu RSVP dalam kad, dan halaman pengurusan memaparkan jumlah serta senarai yang boleh di-download untuk Excel.
Boleh tetamu RSVP?
Boleh. Tetamu sahkan kehadiran terus dari kad: nama, hadir atau tidak, bilangan orang dan ucapan. Anda lihat jumlah tetamu di halaman pengurusan, dan boleh download senarai untuk Excel untuk diberi kepada katerer.
Tetamu perlu download aplikasi?
Tidak. Link dibuka terus dalam pelayar telefon, termasuk dari dalam WhatsApp, Telegram, Instagram dan Facebook.
Boleh ubah maklumat selepas link dikongsi?
Boleh. Kami e-melkan link peribadi untuk mengurus kad anda. Tukar masa, tempat, nama, warna, reka bentuk atau lagu sehingga hari majlis, dan link yang dikongsi kekal sama. Tarikh tetap selepas kad diterbitkan; jika tersilap atau majlis bertukar hari, hubungi kami dan kami tolong tukarkan.
Kad ini dalam Bahasa Melayu?
Ya. Anda pilih bahasa kad untuk tetamu, Bahasa Melayu atau Inggeris: label, tarikh dan butang ikut bahasa itu. Mesej jemputan anda kekal seperti yang anda tulis, dan mesej WhatsApp yang kami sediakan ada dalam kedua-dua bahasa.
Berapa lama link aktif?
Sehingga 30 hari selepas tarikh majlis. Selepas itu link memaparkan ucapan terima kasih yang ringkas.