Kad rumah baru digital

Kad jemputan kenduri naik rumah baru

Rumah baru bermakna alamat baru yang belum dikenali sesiapa. Kad digital meletakkan alamat dan butang peta terus dalam kad, jadi kawan dan saudara-mara sampai tanpa telefon bertanya simpang mana.

Kenapa kad rumah baru digital?

  • Alamat baru, peta terus

    Tetamu tekan butang peta dan terus ke Google Maps.

  • Kenduri atau housewarming

    Sesuai untuk kenduri doa selamat atau majlis santai dengan kawan pejabat.

  • Tahu siapa datang

    RSVP dengan bilangan orang untuk sediakan makanan.

  • Hubungi tuan rumah

    Butang telefon dan WhatsApp jika tetamu tersesat.

Galeri Tetamu sahaja: Tak perlu kad digital →

Cara buat kad rumah baru digital

  1. Masukkan butiran

    Nama tuan rumah, tarikh, masa, alamat baru dan pin lokasi.

  2. Pilih reka bentuk dan warna

    117 reka bentuk, setiap satu boleh guna 61 palet warna atau warna anda sendiri.

  3. Tengok kad penuh

    Pratonton kad dengan butiran anda sendiri, seperti yang tetamu akan nampak.

  4. Kongsi link

    Salin link atau mesej WhatsApp yang siap disediakan, dan hantar ke kumpulan.

Reka bentuk

Ada reka bentuk rumah kampung, minimalis, moden dan tropika, setiap satu dalam 61 palet warna.

  • Floral Garden

  • Pintu Renda

  • Melur

  • Envelope

  • Arch Classic

  • Kerawang

  • Script Romance

  • Botani

  • Cat Air

Tengok semua design di card builder

Apa yang tetamu dapat

  • Lagu pilihan anda, dari YouTube atau senarai kami, dimainkan apabila tetamu membuka kad
  • Peta: satu tekan ke Google Maps
  • Simpan tarikh terus ke kalendar telefon
  • Kiraan detik ke hari majlis
  • Butang telefon dan WhatsApp untuk wakil keluarga
  • Ucapan khas dengan nama tetamu, cth. jemputlah.online/i/izzat-farhana?to=Pak Long
  • RSVP sekali tekan: tetamu sahkan kehadiran dan bilangan orang, serta tinggalkan ucapan

Harga

 

Soalan lazim

Berapa harga?

Macam mana tetamu cari rumah baru saya?

Tampal link Google Maps rumah anda semasa mengisi butiran. Tetamu tekan butang peta dalam kad dan terus dibawa ke lokasi.

Sesuai untuk housewarming dengan kawan pejabat?

Sesuai. Pilih bahasa kad Bahasa Inggeris jika ramai tetamu tidak berbahasa Melayu, dan pilih reka bentuk moden atau minimalis.

Boleh tetamu RSVP?

Boleh. Tetamu sahkan kehadiran terus dari kad: nama, hadir atau tidak, bilangan orang dan ucapan. Anda lihat jumlah tetamu di halaman pengurusan, dan boleh download senarai untuk Excel untuk diberi kepada katerer.

Tetamu perlu download aplikasi?

Tidak. Link dibuka terus dalam pelayar telefon, termasuk dari dalam WhatsApp, Telegram, Instagram dan Facebook.

Boleh ubah maklumat selepas link dikongsi?

Boleh. Kami e-melkan link peribadi untuk mengurus kad anda. Tukar masa, tempat, nama, warna, reka bentuk atau lagu sehingga hari majlis, dan link yang dikongsi kekal sama. Tarikh tetap selepas kad diterbitkan; jika tersilap atau majlis bertukar hari, hubungi kami dan kami tolong tukarkan.

Kad ini dalam Bahasa Melayu?

Ya. Anda pilih bahasa kad untuk tetamu, Bahasa Melayu atau Inggeris: label, tarikh dan butang ikut bahasa itu. Mesej jemputan anda kekal seperti yang anda tulis, dan mesej WhatsApp yang kami sediakan ada dalam kedua-dua bahasa.

Berapa lama link aktif?

Sehingga 30 hari selepas tarikh majlis. Selepas itu link memaparkan ucapan terima kasih yang ringkas.

Masukkan alamat baru anda, dan tengok kadnya siap dulu.