Kad tunang digital
Kad tunang digital untuk majlis pertunangan
Majlis pertunangan biasanya untuk keluarga terdekat, jadi satu link di kumpulan WhatsApp keluarga sudah memadai. Masukkan nama pasangan, tarikh dan tempat, pilih reka bentuk, dan kongsi.
Kenapa kad tunang digital?
Sesuai untuk majlis kecil
Tiada kad bercetak untuk majlis keluarga; satu link untuk semua.
Rombongan tak sesat
Peta Google Maps terus dari kad untuk rombongan pihak lelaki.
Tahu siapa yang datang
RSVP sekali tekan dengan bilangan orang, untuk anda sediakan hidangan.
Reka bentuk yang sama untuk kahwin
Suka reka bentuk ini? Guna gaya yang sama untuk kad kahwin nanti.
Cara buat kad tunang digital
Masukkan butiran
Nama pasangan, tarikh, masa dan tempat majlis pertunangan.
Pilih reka bentuk dan warna
Bunga, minimalis, songket atau moden, dalam sebarang palet warna.
Pilih lagu
Lagu dari YouTube atau senarai kami, dimainkan apabila kad dibuka.
Kongsi link
Hantar dalam kumpulan WhatsApp keluarga kedua-dua belah pihak.
Reka bentuk kad tunang
117 reka bentuk, setiap satu dalam sebarang warna: bunga, batik, songket, minimalis dan moden. Lihat dengan nama pasangan sendiri sebelum berkongsi.
Floral Garden
Pintu Renda
Melur
Envelope
Arch Classic
Kerawang
Script Romance
Botani
Cat Air
Apa yang tetamu dapat
- Lagu pilihan anda, dari YouTube atau senarai kami, dimainkan apabila tetamu membuka kad
- Peta: satu tekan ke Google Maps
- Simpan tarikh terus ke kalendar telefon
- Kiraan detik ke hari majlis
- Butang telefon dan WhatsApp untuk wakil keluarga
- Ucapan khas dengan nama tetamu, cth. jemputlah.online/i/izzat-farhana?to=Pak Long
- RSVP sekali tekan: tetamu sahkan kehadiran dan bilangan orang, serta tinggalkan ucapan
Harga
Soalan lazim
Berapa harga?
Boleh tetamu RSVP?
Boleh. Tetamu sahkan kehadiran terus dari kad: nama, hadir atau tidak, bilangan orang dan ucapan. Anda lihat jumlah tetamu di halaman pengurusan, dan boleh download senarai untuk Excel untuk diberi kepada katerer.
Tetamu perlu download aplikasi?
Tidak. Link dibuka terus dalam pelayar telefon, termasuk dari dalam WhatsApp, Telegram, Instagram dan Facebook.
Boleh ubah maklumat selepas link dikongsi?
Boleh. Kami e-melkan link peribadi untuk mengurus kad anda. Tukar masa, tempat, nama, warna, reka bentuk atau lagu sehingga hari majlis, dan link yang dikongsi kekal sama. Tarikh tetap selepas kad diterbitkan; jika tersilap atau majlis bertukar hari, hubungi kami dan kami tolong tukarkan.
Kad ini dalam Bahasa Melayu?
Ya. Anda pilih bahasa kad untuk tetamu, Bahasa Melayu atau Inggeris: label, tarikh dan butang ikut bahasa itu. Mesej jemputan anda kekal seperti yang anda tulis, dan mesej WhatsApp yang kami sediakan ada dalam kedua-dua bahasa.
Berapa lama link aktif?
Sehingga 30 hari selepas tarikh majlis. Selepas itu link memaparkan ucapan terima kasih yang ringkas.



